Terapi Penggantian Hormon Anti-Penuaan

Pusat Perubatan PrimaNora untuk Perubatan Anti-Penuaan, merupakan pusat perubatan yang di bawah pengendalian doktor perubatan. Kami sentiasa memastikan kesihatan anda berada di tahap optimum. Ini termasuk memulihkan tahap hormon semulajadi anda berada di tahap yang optimum. Kami menggunakan hormon yang bersifat bioidentical. Hormon bioidentikal adalah hormon yang mempunyai struktur molekul dan fungsi yang sama dengan hormon semulajadi yang dihasilkan di dalam badan kita. Ia diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan, seperti keladi atau soya. Hormon bioidentical yang di ambil akan memberikan kesan yang sama di dalam badan seperti hormon yang semulajadi kita tanpa mengakibatkan risiko alahan.

Cara pendekatan kami adalah secara pelan rawatan peribadi untuk setiap pesakit berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, simptom dan analisis makmal mereka. Preskripsi disesuaikan dengan jumlah yang tepat bagi setiap hormon yang diperlukan untuk keseimbangan individu. Program ini memberi tumpuan kepada pemulihan hormon secara optimum dengan menggunakan hormon bioidentikal, supplemen yang tepat dengan Neutraceuticals ber-gred, dan berkualiti tinggi kaunseling pemakanan, kecergasan dan teknik pengurangan tekanan.

Contact Us