Terapi Hormon Bioidentical Untuk Wanita

Adakah anda mengalami “hot flushes” atau badan yang cepat panas dan berpeluh, cepat marah, sakit kepala, insomnia, ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan, kenaikan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, perubahan mood dan sakit badan dan kesakitan?

Bukan semua dapat menerima simtom-simtom menopaus. Realitinya adalah bahawa simptom-simptom ini mampu di pulihkan dengan melaksanakan program khusus kami iaitu penggantian hormon bioidentikal untuk wanita.

Terapi penggantian hormon bioidentikal boleh digunakan untuk mengurangkan dan merawat keadaan-keadaan serta simtom-simtom di kalangan wanita seperti berikut:

Menopaus adalah satu proses beransur-ansur yang berlaku apabila bekalan seumur hidup telur wanita di dalam ovari habis serta mengakibatkan kurang estrogen, progesteron dan testosterone. Seorang wanita dianggap telah mencapai menopaus apabila dia tidak lagi haid selama 12 bulan. Menopaus yang normal biasanya berlaku antara diantara umur 41-57. Simtom-simtom menopaus termasuk: “hot flashes” atau keadaan cepat panas dan berpeluh, berpeluh malam dan/ rasa panas sejuk,cepat marah, perubahan emosi, menangis secara tiba-tiba, masalah tidur sepanjang malam, kehilangan nafsu, “crashing fatigue” atau keadaan yang sangat lesu dan penat sepanjang masa, kebimbangan, kemurungan dan banyak lagi.

Perimenopaus adalah tempoh peralihan menopaus semula jadi di mana badan seseorang mengalami perubahan hormonal biologi akibat daripada penghasilan hormon dari ovary semakin berkurangan. Simptom-simptom perimenopausal termasuk haid yang tidak teratur, “hot flashes”, kekeringan faraj, insomnia, lesu dan perubahan mood. Perimenopause boleh bertahan dari 5 ke 10 tahun (empat tahun adalah purata) dan biasanya berakhir dua belas bulan selepas tempoh amenorea (tiada haid).

Sukar kehilangan berat badan – Progesteron dan estrogen biasanya penyebab yang membawa kepada masalah berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Komposisi keseluruhan badan kita adalah sangat bergantung kepada keseimbangan hormon, saluran penghadaman yang sihat, pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang alergi makanan.

Kelebihan Terapi Penggantian Hormon BioIdentikal:

  • Mengembalikan fungsi mental dan ingatan yang sejelas kristal.
  • Mengubah komposisi badan dengan mengalihkan lemak ke jisim otot.
  • Menggalakkan corak tidur yang sihat seperti semasa anda muda.
  • Mengurangkan kedut-kedutan dengan menjana kolagen dan elastin.
  • Memberhentikan proses rambut yang semakin jarang, menipis dan kulit yang semakin kering.
  • Meningkatkan fungsi imunisasi dan meningkatkan keupayaan penyembuhan badan.
  • Mengurangkan kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik.
  • Meningkatkan kepadatan tulang dan jisim tulang, seterusnya mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Meningkatkan keinginan dan stamina.

Hormon Kritikal untuk Wanita:

  • Estrogen
  • Progesteron
  • Testosteron
  • Tiroid
  • DHEA
  • Pregnenolone
  • Kortisol
  • Insulin
  • Hormon pertumbuhan (HGH) atau Growth Hormone
  • Oxytocin

Program anti-penuaan kami memberi tumpuan kepada penambahan hormon bioidentikal dan pengoptimuman tahap homon dalam badan, vitamin tambahan, dan nutraseutikal bergred tinggi yang membolehkan anda sihat dan dapat menjalani kehidupan yang berkualiti walaupun anda sedang mengharungi perubahan hidup akibat menopaus.

Ia telah dirancang dan direka untuk membantu anda memperbaiki dan mengurangkan simptom-simptom berikut yang mana berkaitan dengan peningkatan usia dan membantu anda untuk mendapatkan semula kualiti hidup anda dan kembali berasa hebat.

Tambahkan lebih kehidupan pada usia anda dan mencapai matlamat kesihatan anda:

  • Kurangkan berat badan dengan kehilangan lemak yang tidak normal yang berlebihan.
  • Mengekalkan atau menjana otot untuk komposisi badan yang ideal.
  • Lebih daya hidup, tenaga dan stamina.
  • Memori yang lebih baik dan meningkatkan kejelasan minda.
  • Meningkatkan motivasi.
  • Meningkatkan keupayaan seksual.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan.
  • Memulihkan keremajaan kulit, kuku dan rambut.
  • Kualiti tidur yang lebih baik.
  • Memulihkan paras kolestrol
  • Penglihatan yang lebih baik

Contact Us