Terapi Hormon Bioidentical untuk Lelaki

Program Kesihatan Lelaki

Langkah pertama Anda – Cari Bagaimana anda boleh menmanfaatkan Program Hormon Bioidentikal untuk Lelaki.

Apabila umur lelaki meningkat mereka kehilangan 1% daripada testosteron mereka setiap tahun!

PADAM (Partial Androgen Deficicency of the Aging Male or Andropause) atau kekurangan separa androgen bagi lelaki berumur atau andropos adalah sama seperti menopaus untuk golongan lelaki. Ia adalah keadaan yang benar-benar wujud walaupun kurang jelas daripada menopaus. Proses penuaan lelaki bermula pada kira-kira umur 30 tahun sehingga ke akhir hayat. Ia ditanda dengan penurunan perlahan semua hormon dalam badan lelaki dan oleh itu memperlahankan semua kapasiti seseorang lelaki secara global.

Pada wanita, selepas putus haid, tahap hormone estrogen semakin menurun. Akan tetapi sebaliknya berlaku di kalangan lelaki yang mengalami hormon estrogen yang semakin meningkat beserta dengan peningkatan hormon SHBG (hormon seks globulin).

Apabila tahap testosterone semakin menurun dan peningkatan tahap estrogen semakin meningkat, hasilnya adalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Ia berhubung kait dengan peningkatan lemak di bahagian abdomen dan pengecutan otot secara keseluruhan. Selain dari itu, ini menghadkan lagi kesan dan keberkesanan hormon testosterone iaitu hormon yang sangat penting dalam badan seseorang lelaki.

Penurunan testosteron dan juga Growth hormone HGH (hormon pertumbuhan manusia) menyumbang kepada kebuncitan perut dan pengurangan jisim otot yang biasa dialami kaum lelaki pertengahan umur. Semakin banyak jisim lemak bertambah, ini diikuti dengan tahap tenaga semakin merundum, serta motivasi diri makin merosot. Secara beransur-ansur, ini menurunkan output jantung, kapasiti paru-paru dan fungsi organ lain juga semakin kurang effisien.

Ini secara tidak langsung mengakibatkan masalah kemurungan dan kurang motivasi. Ini adalah komplikasi psikologi yang lazim berlaku akibat ketidakseimbangan hormon. Diantara penyakit-penyakit lain yang lelaki pertengahan umur mula alami yang mana yang dikaitkan juga dengan penurunan tahap hormon adalah pertambahan ukur lilit pada bahagian abdomen badan, pembesaran kelenjar prostat dan penyakit jantung, kolesterol tinggi dan angina.

Hormon Kritikal untuk Lelaki:

  • Testosteron
  • Tiroid
  • DHEA
  • Kortisol
  • Melatonin
  • Insulin
  • Pregnenolone
  • Hormon pertumbuhan (HGH)
  • Oxytocin

Penurunan hormon dalam lelaki mengakibatkan kemerosotan fungsi fizikal, seksual dan kognitif, penyusutan keinginan seks, kesukaran untuk mempunyai dan mengekalkan ereksi, penurunan kepuasan seksual, keletihan, cepat marah serta sakit-sakit dan lenguh–lenguh badan.

Klinik kesihatan lelaki PrimaNora adalah pakar dalam Terapi Penggantian Hormon Bioidentikal untuk Lelaki mengalami andropos atau kemerosotan hormon.

Contact Us