Sistem Suntikan Tanpa Jarum

Sistem Suntikan Tanpa Jarum Untuk Peremajaan Kulit

Suntikan adalah antara salah satu prosedur yang paling biasa dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, rawatan suntikan dengan jarum dianggap pengalaman yang tidak selesa dan agak mengerikan dari segi mental dan fizikal.

Kemajuan dalam bidang perubatan telah membawa kepada pembangunan teknologi suntikan tanpa jarum,iaitu satu prosedur suntikan berkomputer tanpa menggunakan jarum atau picagari.

Kaedah ini telah terbukti berkesan. Ia menggunakan fungsi getaran dan boleh dijadikan alternatif kepada suntikan. Dalam masa yang sama, teknik ini memberikan kesan urutan yang melegakan ke atas muka semasa rawatan.

Ultrapeel II berserta Sistem Transderm Meso – di luluskan oleh FDA

Ultrapeel II berserta Sistem Transderm Meso – sistem penghantaran dan penyampaian ubat yang canggih serta telah diluluskan oleh FDA untuk” rawatan penghantaran dan penyampaian ubat ionic cecair ke dalam badan untuk tujuan perubatan dan boleh digunakan sebagai alternatif kepada suntikan”.

Ultrapeel II berserta Sistem Transderm Meso adalah rawatan bukan invasif yang menggunakan denyutan elektrik bertenaga rendah untuk penghantaran berkesan transdermal bagi larutan ubat ionik dalam badan tanpa memerlukan suntikan atau picagari.

Apakah kesesuaian untuk Ultrapeel II berserta Sistem Transderm?

Ultrapeel II berserta Sistem Transderm ini sesuai untuk semua jenis kulit dan digunakan:

  • untuk merawat kulit kusam
  • untuk merawat garis-garis halus dan kedutan halus
  • untuk pengukuhan kulit
  • untuk pemutihan kulit
  • untuk merawat pori pori yang besar
  • untuk merawat pigmentasi tidak sekata
  • untuk merawat parut jerawat

Apakah Kebaikan menggunakan Ultrapeel II berserta Sistem Transderm Meso?

Pesakit akan memperolehi beberapa manfaat :

  • Satu rawatan bukan invasif
  • Rawatan tanpa sakit
  • Pesakit akan menikmati rawatan Sisteam Suntikan Tanpa Jarum kerana sesi yang sangat menyelesakan.
  • Keputusan menakjubkan selepas sesi pertama
  • Tiada gangguan , kepedihan atau radang
  • Tiada lebam akibat suntikan

Di PrimaNora, keselesaan anda sentiasa menjadi keutamaan utama kami. Sekarang, kami telah dapat menyingkirkan ketakutan, kebimbangan dan kesakitan anda terhadap suntikan. Teknik Ultrapeel II berserta Sistem Transderm Meso adalah di anatara usaha kami untuk membawa teknologi terkini kepada anda dan membantu anda untuk menikmati pengalaman yang menyenangkan di pusat kami.

Contact Us