Radiofrekuensi Tripolar

Rawatan RadioFrekuensi (RF) mengetatkan kolagen yang sedia ada dan merangsang pertumbuhan kolagen baru melalui penghantaran tenaga haba kepada tisu di bawah kulit.

Penyusutan dasar kolagen menyebabkan kulit meregang serta-merta selepas rawatan.

RF digunakan untuk:

  • Pengukuhan dan menegangkan wajah.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan.
  • Menegangkan kulit yang kendur.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat kawasan perut selepas melahirkan anak.

Bagaimana RadioFrekuensi (RF) Membantu kulit anda yang mengendur?

Pemanasan kulit lapisan dermis dengan tanpa melibatkan lapisan epidermis dengan cara rangkaian denyutan dengan setiap lebar denyutan lebih pendek dari masa relaksasi haba kulit. Ia akan menyebabkan kulit mengetat dan tegang dengan cara tidak ablatif.

KESAN SERTA-MERTA: Haba yang dihasilkan oleh gelombang RF mengecilkan ikatan kolagen di bawah kulit. Kolagen menjadi lebih pendek dan kulit menjadi lebih tegang.

KESAN JANGKA PANJANG: Fasa kedua bermula apabila badan bertindak balas. Kolagen ini akan beransur-ansur sembuh, diperbaharui dan lebih kolagen akan dihasilkan. Kulit akan menegang dan secara keseluruhannya akan kelihatan lebih baik.

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Radiofrekuensi

  • Selesa & santai dengan tiada downtime.
  • Kesan tegang pada muka dan leher tanpa memerlukan sebarang prosedur invasif.
  • Memberikan hasil dalam serta merta dan juga dalam jangka masa panjang.

Contact Us