Program Kesihatan Peribadi

Program Kesihatan Peribadi

Fitgenes Fast Track to Health program adalah berdasarkan sains Nutrigenomik dan bagaimana gen kita dipengaruhi oleh cara pemakanan kita, senaman dan gaya hidup. Bukti saintifik memberitahu kita bahawa gen kita tidak statik, tetapi sebenarnya responsif kepada pilihan yang kita buat, seterusnya memberi kesan kepada bagaimana berkesannya ia mengekspreskan dirinya sendiri. Gen adalah salah satu cara untuk menjelaskan bagaimana kita rasai dari segi kesejahteraan dan bagaimana berkesannya fungsi badan kita.

Berdasarkan sampel air liur yang (prosedur yang bukan invasif) ia akan dianalisis dan dikembalikan kepada kami sebagai profil peribadi genetik. Profil Peribadi Genetik akan memudahkan kami untuk mengambil pendekatan secara holistik untuk menangani setiap aspek pada profil genetik anda. Ia merangkumi nasihat atau preskripsi supplemen terbaik yang boleh memberi manfaat kepada anda, pilihan makanan yang terbaik untuk dimakan dan jenis senaman yang akan mempunyai kesan positif terhadap diri anda. Ini secara tidak langsung menghapuskan keraguan tentang cara rawatan yang akan diberikan untuk anda iaitu seperti apa yang supplemen/makanan/senaman yang mungkin atau tidak bermanfaat untuk anda.

PrimaNora akan membimbing anda melalui program kesihatan Fitgenes Fast Track dengan hanya memerlukan beberapa sesi perundingan, yang akhirnya membantu anda memiliki kesihatan mental dan fizikal yang optimum dan hidup sihat sejahtera.

Keputusan Yang Mampu Ukur

Kami merangkumi kesemua bidang kesihatan dan kesejahteraan yang ingin kami tekankan, seperti:

  • Berat Badan
  • Kelegaan sakit-sakit sendi
  • Corak tidur yang lebih baik
  • Mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon
  • Penuaan secara sihat
  • Keseimbagan Menopaus
  • Kesihatan jantung
  • Peningkatan tenaga dan daya hidup
  • Tekanan darah

Program Fitgenes Fast Track to Health mengambil pendekatan holistik dalam penjagaan kesihatan anda. Kita boleh menawarkan anda satu pendekatan peribadi dan proaktif untuk merancang rawatan anda berfokuskan kepada perkara-perkara kesihatan dan kesejahteraan yang seterusnya memberi kesan kepada diri anda.

Manfaat Tambahan

Mendidik anda membuat pilihan yang lebih sihat dengan cara menerapkan program ini untuk menyelenggara gaya hidup baru anda dan menolong anda membuat pilihan yang lebih tepat dan sihat. Ia merupakan perkara yang mudah dan boleh dicapai untuk jangka masa panjang. Ini juga bermanfaat untuk generasi akan datang bagi mereka yang belum mempunyai anak kerana kesan epigenetik yang positif, iaitu, dengan meningkatkan kualiti gen anda, anak-anak anda juga akan mendapat manfaat daripada keputusan pilihan tepat anda.

Contact Us