Pemeriksaan Kesihatan Payudara

Pemeriksaan Kesihatan payudara Di Pusat Perubatan Primanora.

Dengan menyediakan suasana yang tenang dan perkhidmatan peribadi, Pusat Perubatan Primanora memastikan bahawa setiap individu merasai dirinya istimewa, selain menawarkan pusat sehenti penjagaan payudara yang menyeluruh dan khusus yang mana menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan payudara untuk wanita.

Pengesanan awal adalah kunci untuk rawatan kanser yang berjaya dan ia hanya di Pusat Perubatan Primanora yang anda boleh yakini dengan mammogram yang tepat dan menyeluruh dari professional berpengalaman yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan payudara.

Perkhidmatan Kami Termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Perundingan, pemeriksaan & rawatan ketulan payudara, sakit payudara atau discaj cecair dari Payudara.
  • Penilaian & diagnosis masalah payudara yang cepat.
  • Penilaian risiko kanser payudara & kaunseling.
  • Diagnostik & terapi ultrasound payudara.
  • Pemeriksaan mamografi on-site & ultrasound payudara untuk pengesanan awal kanser payudara.

Setiap Wanita layak PENJAGAAN RAPI

Pusat Perubatan Primanora menawarkan sistem mamografi boleh dipercayai dan serba boleh, MAMMOMAT NOVA 3000 (DR) yang menawarkan pemeriksaan dan diagnostik work-up dan keupayaan dalam unit tunggal. Tambahan pula, magnifikasi, lokalisasi jarum dan radiografi spesimen adalah sebahagian daripada ciri-ciri sistem ini.

Siapa yang Patut Menerima Pemeriksaan Mamogram?

Ianya disyorkan bahawa wanita mula menerima pemeriksaan mamogram setiap setahun atau dua tahun sekali pada 40 tahun. Bermula pada umur 50 tahun, mamografi perlu dilakukan setiap tahun.

Apakah Pemeriksaan Mamografi?

Mamografi adalah alat pemeriksaan yang mencari kanser apabila tidak ada tanda-tanda masalah kesihatan. Mamografi membolehkan pengecaman dalam tisu payudara yang masih kecil dan belum lagi mengalami perubahan ketara.

Sistem mamografi berteknologi terkini kami membolehkan ahli radiologi untuk mengesan peringkat awal kanser payudara dengan menyediakan resolusi keputusan yang lebih tinggi. Sistem baru ini juga adalah lebih selesa berbanding sistem mamografi tradisional. Ini menunjukkan bahawa kami komited untuk menyediakan penjagaan yang terbaik.

Berapa Tepatkah Mamografi ini ?

Mamografi kini satu-satunya pemeriksaan yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) untuk mengesan kanser payudara pada wanita yang belum menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala penyakit ini. Mamografi boleh mengesan kira-kira 85 % daripada kanser payudara. Jika pemeriksaan mamografi menunjukkan sebarang keabnormalan, wanita tersebut berkemungkinan besar akan disyorkan untuk pengimejan payudara yang lebih lanjut. Sekiranya pengimejan mengesahkan atau mendedahkan keabnormalan, wanita boleh dirujuk untuk biopsi, iaitu diagnosis dengan kata lain untuk mengenalpasti samada dia mempunyai kanser payudara atau tidak.

Walaupun mamografi kadang-kadang boleh terlepas untuk mengesan kanser payudara, ia juga boleh mengesan kanser beberapa tahun sebelum ketulan dapat dirasai. Oleh itu, adalah penting bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas untuk mendapatkan mamogram serta perlu membandingkan filem-filem mammogram yang semasa dan yang terdahulu untuk menentukan sama ada kanser telah mula membesar atau tidak.

Di Pusat Perubatan Primanora, jururadiograf wanita kami yang dilatih khas akan membantu untuk melakukan mamogram dengan meletakkan payudara anda di peralatan pemeriksaaan.

Pemeriksaan Kanser Payudara

A. Ultrasound
B. Mammogram
C. Pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan

Contact Us