Pembuangan Rambut Soprano

Di PrimaNora, kami mempunyai Soprano, iaitu sistem pembuangan rambut secara kekal yang menggunakan diod laser revolusi terkini. Ia merupakan proses yang pantas, tidak menyakitkan serta sesuai untuk semua jenis kulit. Ia menggunakan tip sejuk Sapphire Dual yang meniup udara sejuk apabila ia menyentuh kulit anda. Tiada anestesia diperlukan.

Teknik pembuangan rambut secara kekal yang selesa tanpa kesakitan dan sesuai untuk semua jenis kulit yang pertama di dunia Teknik ‘gold standard’ untuk penyingkiran rambut menggunakan laser yang (diluluskan oleh FDA pada tahun 1998).

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Menggunakan Soprano, Penyingkiran Rambut Laser

  • Hampir tiada rasa sakit walaupun tanpa bius atau lain-lain pra-rawatan.
  • Hasil yang berkekalan.
  • Rawatan cepat, biasanya kurang daripada satu jam bagi setiap rawatan.
  • Tiada masa pemulihan atau ‘down time’, ini membolehkan anda segera kembali ke aktiviti harian.
  • Berkesan untuk semua jenis kulit dan rambut.
  • Sesuai untuk kawasan-kawasan sensitif badan, termasuk muka, leher, kawasan bikini, ketiak, kaki, belakang dan telinga.
  • Tidak perlu menunggu pertumbuhan rambut yang panjang sebelum rawatan kerana ia mesti dicukur sebelum prosedur.

Contact Us