Microdermabrasion (MDA) – Gilapkan Kekusaman diri Untuk Dirimu Yang Baru

Microdermabrasion (MDA) adalah satu pendekatan bukan invasif yang amat berkesan untuk penjagaan kulit. Ia boleh digunakan sebagai alternatif atau tambahan kepada laser skin resurfacing dan chemical peel. Ia adalah, kaedah yang cepat dan lembut dalam peremajaan kulit untuk pesakit dari semua jenis kulit dan warna.

Apakah Microdermabrasion (MDA) Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

MDA adalah prosedur penggilapan kulit superfisial. Mesin ini adalah eksklusif untuk pengamal perubatan. Ia berfungsi dengan menggerakkan aliran halus kristal mikroskopik lengai pada permukaan kulit untuk tujuan pengelupusan lapisan epidermis secara perlahan-lahan serta menggalakkan pertumbuhan dermis yang lebih tebal and sihat sementara melicinkan serta menyegarkan kulit. Penggunaan vakum dalam sistem ini membantu untuk meningkatkan peredaran darah di kulit.

Apakah Antara Indikasi-Indikasi MDA?

  • Kulit muka dan badan yang rosak akibat sinaran matahari.
  • Liang Pori yang tersumbat atau membesar.
  • Tanda jerawat perang dan kecacatan kulit yang lain.
  • Tompok penuaan dan pigmentasi superfisial.
  • Beberapa kesan regangan dan parut jerawat.

Bagaimanakah Rawatan dijalankan?

MDA dikaitkan dengan prosedur yang amat selesa dan boleh dilakukan tanpa bius. Prosedur ini hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit, bergantung pada kawasan yang dirawat dan masalah kulit ditangani.

Kulit anda mungkin menjadi sedikit merah jambu selepas prosedur. Anda boleh segera memakai make-up, dan kembali ke aktiviti harian seperti biasa.

Rawatan boleh dijalankan dalam sesi mingguan selama 2 hingga 12 minggu untuk mencapai hasil yang maksimum, bergantung kepada keadaan kulit anda.

Apakah Keputusan Saya Boleh Jangkakan?

Pesakit sering melaporkan, kulit yang lebih lembut, licin dan cerah. Kerosakan epidermis yang disebabkan oleh kesan akibat pendedahan sinar UV matahari,usia dan trauma juga kelihatan semakin berkurang. Walaupun, peningkatan dapat dilihat selepas setiap rawatan dalam kebanyakan kes, akan tetapi kesan yang optimum dapat dicapai selepas 5 hingga 6 rawatan. Masalah seperti kesan regangan atau stretch marks dan parut jerawat akan mengambil masa yang lebih lama untuk berkurang.

Contact Us