Hormon dan Peringkat Penuaan

Hormon-Hormon

Terdapat pelbagai organ yang yang menghasilkan hormon yang berbeza di bawah pengurusan hipotalamus, iaitu kelenjar bersaiz walnut yang terletak di dalam otak. Tahap hormon-hormon kita adalah tinggi semasa kita masih muda, akan tetapi apabila umur semakin meningkat tua penghasilan hormon semakin rendah. Ini boleh memberi kesan yang serius terhadap tubuh badan kita. Hormon membantu membaiki dan mengawal fungsi tubuh kita. Apabila penurunan dalam pengeluaran hormon akibat penuaan terjadi, ini menyebabkan kemerosotan dalam keupayaan badan kita untuk menyelia fungsi dan membaiki sel-sel yang rosak secara semulajadi.

Peringkat Penuaan:

Ketika Remaja

  • Tahap hormon berada dikemuncaknya.

Ketika berumur 20-an

  • Tahap hormon mula merosot.
  • Kerosakan akibat radikal bebas dan oksidatif stress bermula.

Ketika Berumur 30-an

  • Tahap hormon secara beransur-ansur menurun kepada kurang daripada 25%.
  • Kerosakan sel bermula.

Ketika berumur 40-an and seterusnya

  • Semua hormon yang penting terus menurun.
  • Rambut mula beruban.
  • Kegagalan penglihatan.
  • Berat badan bertambah.
  • Pigmentasi kulit dan tompok-topok hitam akibat penuaan bertambah.
  • Kerosakan serat kolagen, mengakibatkan peningkatan garis-garis halus dan kedutan kendur.
  • Jisim otot dan kepadatan tulang berkurang tanpa melibatkan pengurangan lemak dalam badan.

Terapi penggantian hormon adalah komponen yang kerap dijalankan di mana-mana rawatan anti -penuaan. Ia membantu memulihkan semula jam hormon di dalam badan serta memulihkan kembali atau melambatkan kesan kerosakan sel akibat penuaan. Teori berpendapat bahawa jika hormon kita kekal di tahap ‘remaja’ badan kita sentiasa akan dirangsang untuk kekal aktif dan kita akan kekal ‘muda’.

Program anti penuaan kami memberi tumpuan kepada mengoptimumkan hormon-hormon semulajadi badan dengan penggunaan hormon bioidentikal, vitamin tambahan, dan nutraseutikal bergred tinggi yang membolehkan anda kekal sihat dan boleh menjalani kehidupan yang berkualiti walaupun anda sedang melalui perubahan menopaus atau andropos (lelaki).

Ia dirancang dan direka untuk membantu anda memperbaiki dan mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan peningkatan usia dan membantu anda untuk mendapatkan semula kualiti hidup anda dan berasakan diri anda hebat seperti sewaktu anda muda dahulu.

Tambahkan lebih kehidupan kepada usia anda dan capai matlamat kesihatan anda:

  • Kurangkan berat badan dengan hilangkan lemak berlebihan yang tidak normal.
  • Mengekalkan atau menambahkan jisim otot untuk komposisi badan yang ideal.
  • Lebih daya hidup, tenaga dan stamina.
  • Mempertingkat memori dan kejelasan mental dipertingkatkan.
  • Meningkatkan motivasi.
  • Meningkatkan keinginan seks.
  • Meningkatkan keyakinan diri secara keseluruhan dan meningkatkan kesejahteraan hidup.
  • Memulihkan keremajaan kulit, kuku dan rambut.
  • Kualiti tidur yang lebih baik.
  • Kolesterol di tahap yang baik.
  • Penglihatan yang lebih baik.

Perkhidmatan Anti- Penuaan:

  • Modulasi hormon dengan penggunaan hormon bioidentikal.
  • Diet metabolik HCG untuk Komposisi Badan yang ideal.
  • Pemprofilan DNA.

Contact Us