Analisis Kompleksi VISIA

Pandangan pelbagai dimensi dari enam aspek kulit anda untuk memberikan anda rejuvenasi dan regimen penjagaan kulit yang unik serta khas untuk anda – kedut, bintik, saiz liang, perubahan warna kulit, kandungan bakteria, kawasn bintik-bintik gelap atau hitam dari kesan sinaran UV.

SOALAN LAZIM VISIA

Apakah Definisi Untuk Pelbagai Ciri-ciri Kulit Dan Bagaimana Ciri-Ciri Ini Dikesan?

Bintik-bintik gelap: Ini biasanya adalah masalah pigmentasi kulit coklat atau merah seperti jeragat, parut jerawat, hiperpigmentasi dan luka-luka vaskular. Bintik-bintik tersebut dapat dibezakan dangan warna kulit asal dari segi perbezaan warna selain mempunyai saiz yang berbeza-beza dan umumnya mempunyai berbentuk bulat.

Liang Pori: LiangPori adalah bukaan saluran kelenjar peluh yang dapat dilihat di atas permukaan kulit. Disebabkan pembayangan, liang pori kelihatan lebih gelap daripada tona kulit sekitarnya dan ia dapat dikenal pasti dengan warnanya yang lebih gelap dan berbentuk bulat. Sistem VISIA membezakan pori dengan tompok berdasarkan saiznya, iaitu saiz pori adalah jauh lebih kecil berbanding tompok.

Kedutan: Kedutan adalah kerutan, lipatan pada kulit yang makin menjadi akibat daripada pendedahan matahari, dan dikaitkan dengan pengurangan keanjalan kulit. Masalah kulit ini mempunyai pelbagai variasi kerana ia sangat bergantung kepada ekspresi wajah pelanggan. Kedutan boleh dikenalpasti dengan bentuk yang memanjang dan sempit.

Tekstur: Di sini, keutamaan di beri kepada menganalisis tahap kelicinan kulit. Ini merangkumi menganalisa perbezaan ton warna kulit serta perbezaan permukaan kulit.

Porfirin: Porfirin adalah kumuhan makanan bakteria yang berkumpul dalam pori dan boleh menyebabkan jerawat. Porfirin berkilau dalam cahaya UV dan mempamerkan ciri-ciri tompok bulat putih.

Tompok UV: Tompok UV berlaku apabila melanin mengental di bawah permukaan kulit akibat sinaran matahari. Tompok UV biasanya tidak kelihatan di bawah keadaan pencahayaan yang biasa. Penyerapan terpilih dari cahaya UV oleh epidermis meningkatkan paparannya dan lebih senang dikesan oleh VISIA.

Kawasan Kemerahan: Kawasan Kemerahan mewakili pelbagai potensi keadaan, seperti jerawat, keradangan, Rosasea atau urat labah-labah. Saluran darah dan hemoglobin yang terkandung didalam lapisan dermis papilari, iaitu lapisan di bawah permukaan kulit, memberikannya struktur berwarna merah, yang mana dapat dikesan oleh Teknologi RBX dalam VISIA. Bintik jerawat dan keradangan mempunyai saiz yang berbeza tetapi biasanya berbentuk bulat. Rosasea biasanya lebih besar dan tidak mempunyai sempadan yang jelas berbanding jerawat. Manakala urat labah-labah biasanya pendek, halus dan boleh bersambung dalam rangkaian yang padat.

Bintik Perang: Bintik Perang adalah keadaan dimana pada permukaan kulit seperti terdapat pigmentasi lampau, jeragat, lentigin, dan melasma. Bintik Perang berlaku akibat dari lebihan melanin. Melanin dihasilkan oleh sel melanocyte di bahagian bawah lapisan epidermis. Bintik Perang menghasilkan penampilan kulit yang tidak sekata pada kulit, dan dapat dikesan dengan RBX yang terkandung didalam VISIA.

Contact Us